Kedai kek Islam di Indonesia enggan tulis Merry Christmas

JAKARTA, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – “Dengan segala kerendahan hati dan segala hormat. Sebelumnya kami mohon maaf yang sebesar-besarnya. Kami dari Chocolicious Indonesia belum bisa memberikan atau menyediakan tulisan ucapan selamat Natal dan semisalnya.

“Bukan berarti kami tidak menghargai agama mas/mba. Akan tetapi dengan segala hormat inilah yang harus kami jalankan dari prinsip agama kami. Sekali lagi kami mohon maaf dari hati kami yang paling tulus dan rasa saling menghormati dan menghargai sebagai anak bangsa Indonesia.

“Kami tetap menyediakan kartu ucapan dan papan cokelat sebagai kelengkapan pesanan mas/mba. Silakan diberikan ucapan sendiri. Sekali lagi, kami mohon perkenaannya. We love you, Chocolovers 😊 Hormat kami, Chocolicious Indonesia.”

Demikian kenyataan yang dipaparkan pengusaha bakeri dari Makassar, Indonesia yang dilaporkan mencetuskan kontroversi apabila enggan menerima permintaan pelanggan untuk menulis ucapan selamat sempena Krismas, di atas kek mereka, lapor media Indonesia.

Kilang bakeri Chocolicious Indonesia terletak di selatan ibu kota Sulawesi membuat kenyataan dalam akaun Instagram mereka, memohon maaf bertindak demikian kerana berpegang kepada pinsip agama Islam.

Bagaimanapun, pengusahanya akan memberi kad kepada pembeli untuk menulis sendiri ucapan Krismas mereka.

Tatkala umat Islam Indonesia menjadi lebih konservatif, ada yang memberi amaran terhadap ucapan ‘Merry Christmas’ atau turut sama merayakan sambutan itu.

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 mengharuskan umat Islam memberi ucapan tahniah dan selamat kepada bukan Islam sempena perayaan agama mereka.

Tetapi, ucapan itu hendaklah tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam ucapan, yang boleh dibuat melalui kad atau alat telekomunikasi, seperti e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya.

Islam and Christmas Celebration

The post Kedai kek Islam di Indonesia enggan tulis Merry Christmas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian