Kem Huffaz Cilik Manfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak

BATU PAHAT, 23 Disember 2017 – Kem Huffaz Cilik anjuran Kelab Anak Hebat (NAZIM) cawangan Batu Pahat dengan kerjasama Masjid Kampung Parit Bilal Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya.

Salah satu slot ‘Rasulullah s.a.w di Hatiku’ pula telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat peribadi dan sejarah ringkas kehidupan Rasulullah s.a.w supaya mereka dapat mencontohi akhlak mulia baginda.

Menurut Setiausaha Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Batu Pahat, Dr. Rusydi bin Razif, “Pencairan identiti dan jati diri yang sedang berlaku dalam dunia zaman kini memerlukan perhatian yang sangat serius. Maka, didiklah anak-anak dari kecil supaya mereka dapat membentuk jati diri Islam yang mantap. ISMA menyediakan pelbagai platform kepada masyarakat seperi NAZIM, KRIM, PEMBINA, Pemuda dan Wanita ISMA sebagai usaha mencari solusi kepada permasalahan yang berlaku.

Tambahan pula,“Program Huffaz Cilik ini amat bermakna buat saya dan kawan-kawan. Ia memberi peluang kepada kami untuk mempelajari tajwid, memantapkan hafazan, mendalami kisah Rasullullah dan menghayati nilai Islam dalam diri. Program seperti ini telah memanfaatkan cuti sekolah kami dengan baik. Terima kasih kepada semua fasilitator dan urusetia”. Ujar Dyana Bella binti Abdullah, salah seorang peserta program.

Rentetan itu, Puan Fara Wahidah ibu kepada salah seorang peserta memberi komen, “Pengisian program NAZIM sangat berguna untuk anak-anak. Anak saya sangat seronok sepanjang program dan masih bercerita mengenainya di rumah. Terima kasih kepada Nazim Batu Pahat kerana memberi peluang berharga seperti ini.”

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program kali ini.

 

Wartawan,

Nazatul Shima binti Jin Samsudin

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?