Kenderaan asing cermin gelap dilarang masuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana kenderaan asing yang bercermin gelap memasuki Malaysia, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diarahkan untuk melaksana arahan tersebut kerana isu cermin gelap kenderaan jelas berbahaya.

Memberitahu Dewan Negara hari ini, Abdul Aziz berkata, langkah itu susulan kebimbangan terhadap kenderaan asing yang memasuki negara, yang berkemungkinan membawa masuk pengedar dadah atau kumpulan militan pengganas Daesh.

“JPJ akan mengambil tindakan segera menghalang kenderaan asing yang bercermin gelap memasuki Malaysia.

“Mereka yang memasuki Malaysia perlu mengeluarkan cermin gelap kenderaan mereka,” katanya sebagai menjawab Senator Datuk Abdullah Mat Yassin di Dewan Negara, hari ini.

Pengguna jalan raya di negara ini yang memasang cermin gelap kereta perlu mematuhi Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kenderaan Motor (larangan mengenai jenis-jenis kaca tertentu) Pindaan 2000.

Tahap cermin gelap yang dibenar adalah tidak kurang 70 peratus telus cahaya bagi cermin depan, manakala 50 peratus cermin belakang.

The post Kenderaan asing cermin gelap dilarang masuk Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian