Kenyataan berbaur hasutan, polis siasat Zaid

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun mengesahkan polis menyiasat ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim, berikutan kenyataan dalam laman Tweeternya mengenai Sultan Selangor, yang dikatakan berbaur hasutan.

Beliau berkata, laporan polis terhadap kenyataan bekas menteri itu dibuat di sini semalam dan siasatan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Hasutan 1948, dijalankan oleh pasukan khas Bukit Aman.

“Saya dimaklumkan laporan yang telah dibuat dan kes ini sedang disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948.

“Kes ini semestinya perlu disiasat mengikut Seksyen (4) Akta Hasutan dan Seksyen (233) Akta Multimedia,” katanya.

Baru-baru ini, Zaid menerusi akaun Twitternya memberi satu kenyataan yang tidak menghormati Sultan dengan mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Zaid dalam akaun twitternya berkata: ‘Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.’

Sebagai tindak balas, Sultan Sharafuddin memberitahu Zaid bahawa dia memang berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, dan meminta ahli DAP membaca nasihatnya dengan teliti sebelum bercakap.

 

Sultan Selangor suruh Zaid Ibrahim balik Kelantan

The post Kenyataan berbaur hasutan, polis siasat Zaid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian