Kenyataan hina Bugis: Polis akan soal siasat Tun M

BUTTERWORTH, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat berhubung kenyataannya yang didakwa menghina bangsa Bugis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua kertas siasatan akan dibuka berhubung kenyataan berkenaan ketika berucap di perhimpunan Pakatan Harapan di Shah Alam, baru-baru ini.

“Beliau akan dipanggil untuk disoal siasat secepat mungkin.

“Dan pegawai penyiasat akan menyelesaikan tugas mereka termasuk menyoal siasat Tun Mahathir,” kata Mohamad Fuzi seperti dilapor The Star.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga berketurunan Bugis menegur Tun Mahathir kerana kecewa dan murka atas ucapan Dr Mahathir yang didakwa seolah-olah cuba menghasut rakyat supaya membenci dan merendahkan masyarakat Bugis.

 

The post Kenyataan hina Bugis: Polis akan soal siasat Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian