Kenyataan Orok mengenai Allah terlalu melampau

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa, termasuk polis digesa menyiasat segera Paderi Kristian, David Orok berhubung kenyataannya yang keterlaluan menghina Islam.

Terbaru, Orok menuduh umat Islam terpaksa melakukan jihad keganasan kerana Allah tidak mampu untuk berbuat apa-apa demi agama.

Bukan itu sahaja, sebelum ini Orok turut mendakwa umat Islam yang membantah tindakan Israel ke atas Palestin bukan sahaja murtad, malah bersikap seperti Iblis kerana tergamak membantah kehendak Allah.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ustaz Ismail Mina berkata, Orok terlalu melampau mengeluarkan kenyataan penghinaan kerana dia yakin tiada tindakan terhadapnya.

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya peka dengan individu yang menghina Islam, jangan bertangguh untuk bertindak.

“Orok ini dah keterlaluan. Siapa dia nak menghina Allah umat Islam? Durjana sungguh sikapnya. Dia juga langsung tidak layak untuk bercakap mengenai al-Quran.

“Dia telah melakukan satu provokasi kepada umat Islam, saya kira ia satu hasutan dalam kalangan masyarakat Islam.

“Jadi, pihak berkuasa elok meneliti sebab dia menghina sesuatu agama. Buat satu siasatan mendalam dan ambil tindakan yang sesuai mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Ustaz Ismail Mina

Sebelum ini juga Orok salah mentafsir ayat al-Quran apabila dia memetik ayat 58 surah Al-Baqarah, surah An-Nisa’ (ayat 154) dan surah Yunus (ayat 93), dan mendakwa al-Quran menyatakan bahawa Allah menyerahkan pemilikan tanah suci Palestin kepada orang Israel.

Mengulas perkara itu, Ustaz Ismail berkata, Orok tidak mempunyai apa-apa kelayakan untuk memahami isi al-Quran.

Katanya, kefahaman Orok telah menyeleweng dan menafikan perintah Allah.

“Tindakan dia boleh menyinggung serta membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, bahkan boleh mengakibatkan ketegangan dalam masyarakat,” katanya.

Orok pernah dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 15 September 2015, kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam Facebooknya.

Dia yang dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, pada mulanya tidak mengaku salah, tetapi menukar pengakuannya. Ketika memohon hukuman dikurangkan, peguamnya mendakwa Orok menyesali perbuatannya dan telah memohon maaf.

The post Kenyataan Orok mengenai Allah terlalu melampau appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian