Kepala budak tersepit di katil urut

JOHOR BAHRU, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan di sini, hari ini.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Mohd Shahlan Amrin berkata kejadian berlaku di kedai spa yang diusahakan ibu mangsa di Kampung Melayu, Kayu Ara, dekat Pontian.

Keluarganya memanggil pihak bomba pada kira-kira 4 petang setelah mereka gagal mengeluarkan kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu.

“Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bermain dengan adik perempuannya dengan masing-masing memasukkan kepala di dalam lubang tersebut.

“Adiknya dapat mengeluarkan kepalanya, tetapi kepala mangsa tersangkut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahlan berkata bomba terpaksa membesarkan lubang katil berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Mangsa, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan, katanya. – Bernama

The post Kepala budak tersepit di katil urut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian