ismakualaterengganu

Kertas siasatan Annuar Musa siap: SPRM

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kertas siasatan terhadap bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa sudah ...

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kertas siasatan terhadap bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa sudah siap sepenuhnya beberapa bulan lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk semakan.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan oleh pendakwa raya untuk kajian.

“Sehingga kini, belum lagi ada keputusan (daripada pendakwa raya),” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akhir Januari lalu, SPRM membuka kertas siasatan terhadap Annuar Musa selepas digantung tugas sebagai Pengerusi Mara kerana didakwa menyeleweng dan salah guna kuasa.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dilantik sebagai pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 dan khidmatnya itu disambung pada 12 Ogos 2015, sebelum digantung tugas pada 31 Januari lepas.

Penggantungan itu susulan pendedahan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Annuar menjelaskan tajaan diterima pasukan Kelantan yang didakwa menggunakan tabung pendidikan daripada PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

 

The post Kertas siasatan Annuar Musa siap: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6193552521926058588

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item