ismakualaterengganu

Kes demam denggi naik

BANGI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kes demam denggi meningkat 37 atau 3.7 peratus antara 10 Disember hingga 16 Disember lalu, berbanding 95...

BANGI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kes demam denggi meningkat 37 atau 3.7 peratus antara 10 Disember hingga 16 Disember lalu, berbanding 950 kes pada minggu sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan, hari ini.

Dalam tempoh itu, sembilan negeri menunjukkan peningkatan kes, berbanding minggu sebelumnya membabitkan Pulau Pinang, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Melaka dan Perlis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil pemantauan pihaknya dari Januari hingga 16 Disember 2017, jumlah kumulatif demam denggi adalah sebanyak 81,790 kes iaitu penurunan sebanyak 16.9 peratus (16,648 kes), berbanding tempoh sama tahun lalu yang dilaporkan sebanyak 98,438 kes.

“Terdapat satu kematian yang dilaporkan pada minggu ke-50 dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi di Malaysia dari Januari sehingga 16 Disember 2017 adalah 170 kematian, berbanding 230 kematian pada 2016 iaitu pengurangan sebanyak 60 kematian (26.1 peratus).

“Pada minggu ke-50, terdapat hanya 17 lokaliti hotspot iaitu di Selangor (10 lokaliti), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (3 lokaliti), Pulau Pinang (2 lokaliti), Perak (1 lokaliti) dan Johor (1 lokaliti),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pada masa sama, tiada kes chikungunya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes bermula 1 Januari hingga 16 Disember lalu kekal 269 kes.
Manakala, bagi pemantauan virus zika sehingga minggu ke-50 ke atas 2,199 sampel darah dan 33 sampel air kencing di kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan berkenaan telah dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mendapati keputusannya negatif.

Sementara itu, analisis kementerian menunjukkan pada bulan ini terdapat perubahan setrotaip denggi dari DEN-3 kepada DEN-2 yang boleh menyebabkan peningkatan kes dan kematian denggi beberapa bulan kemudian.

Tambahan lagi, dengan faktor perubahan cuaca semasa musim monsun dan pergerakan manusia besar-besaran ketika cuti perayaan akan menyumbang lagi kepada transmisi demam denggi.

Justeru, beliau menyarankan semua peringkat masyarakat agar melakukan tindakan pencegahan dengan membersihkan tempat pembiakan Aedes bermula Januari tahun depan.

“Masyarakat disarankan menjalankan aktiviti cari dan musnah di kediaman masing-masing sekurang-kurangnya sekali pada setiap minggu,” katanya.

The post Kes demam denggi naik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1687135140696567371

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item