Komen guru hina Islam keterlaluan: Mahdzir

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kumpulan pendidik diingatkan supaya tidak memberi sebarang komen keterlaluan sehingga menyentuh sensitiviti kepelbagaian kaum dan agama di negara ini khususnya di laman sosial.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai guru mereka perlu menjaga sensitiviti pihak lain sebelum menulis dan menularkan sesuatu.

“Kalau nak tulis sesuatu dan mahu tularkan ia, jagalah sensitiviti orang lain, jangan kita dianggap sebagai anti kepada sesuatu yang lain, ini akan menyusahkan ramai orang,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan seorang guru di Miri yang memuat naik status menghina umat Islam, ketika memberikan komen berkaitan pengiktirafan Baitulmaqdis oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai ibu negara Israel.

Komen itu mengundang kemarahan pengguna laman sosial sehingga tiga laporan polis telah dibuat terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Mahdzir berkata, beliau sudah membaca laporan terbabit dan mendapati komen guru itu sudah berlebihan.

“Terserah kepada polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan,” katanya.

The post Komen guru hina Islam keterlaluan: Mahdzir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian