Laksana segera kod etika ibu bapa: NUTP

BANGI, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Pendidikan mesti segera melaksanakan kod etika ibu bapa bagi mengelak tindakan semberono ibu bapa terhadap guru yang mendidik dan mendisiplinkan murid.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata, pentingnya kod etika adalah supaya kes saman seperti yang berlaku terhadap Cikgu Azizan Manap tidak berulang lagi.

Cikgu Azizan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban kerana tegas dalam isu disiplin pelajar.

Beliau dituduh mencederakan seorang murid Tahun Lima di sebuah sekolah rendah yang didakwa melakukan kesalahan disiplin serius dan berulang antaranya menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain.

Kamarozaman berkata, itu pentingnya perlu ada kod etika ibu bapa, kerana guru tidak mampu untuk melindungi diri jika ‘diserang’ oleh ibu bapa.

Oleh itu, perlu dilaksanakan tanpa ditangguhkan lagi kerana tanpanya guru tidak mampu untuk melindungi diri jika diserang.


“Kita (NUTP) dah setahun tunggu kementerian, kita nak kod etika ibu bapa mesti dilaksanakan.

“Sekarang ini kod etika tak ada. Mak ayah ikut dia saja nak buat apa. Jadi guru memang tak boleh nak protect (lindungi) diri,” katanya seperti dilapor Malaysian Insight.

Tahun lalu, NUTP telah menyerahkan cadangan kod etika berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan, namun sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan.

Kod etika itu antaranya memberi garis panduan kepada ibu bapa dan penjaga apabila masuk ke kawasan sekolah dan berurusan dengan guru dan pihak pentadbir sekolah.

Kod etika itu disusun selepas beberapa kejadian ibu bapa menyerang guru di sekolah, antaranya setelah anak mereka dikenakan tindakan disiplin.

The post Laksana segera kod etika ibu bapa: NUTP appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian