Lapan terbunuh tanah runtuh di Pulau Jawa

JAKARTA, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa –  Sekurang-kurangnya lapan terbunuh, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh berhampiran gunung berapi Merapi di Pulau Jawa, semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ketika kejadian semua mangsa sedang melombong pasir dan batu dari sebuah tebing curam.

“Kami jangka mungkin lebih ramai pelombong yang tertimbus dalam tanah runtuh itu.

“Namun angkanya tidak diketahui kerana jumlah mereka yang berada di lokasi kejadian belum dapat disahkan” katanya.

Bagaimanapun operasi menyelamat diteruskan pagi ini, yang mana lokasi insiden terletak kira-kira 50 kilometer di utara bandar Yogyakarta. – Agensi

The post Lapan terbunuh tanah runtuh di Pulau Jawa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian