LAPORAN ISMAWEB MENGENAI IMAMS DEMI ISLAM

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) baru-baru ini, mendapat perhatian umat Islam.

Kebanyakannya menentang, terutama setelah KPK menyerahkan pengendalian urusan itu kepada sebuah syarikat swasta, yang turut mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain menyerahkan urusan ibadah umat Islam untuk dikendalikan bukan Islam.

Pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai sehinggalah akibat desakan bertali arus daripada umat Islam, termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik, IMAMS akhirnya dibatalkan Sabtu lalu, setelah dikuatkuasakan sehari sebelumnya.

Sebagai portal yang sentiasa memberi keutamaan kepada pelbagai isu berkaitan Islam dan bangsa Melayu, ismaweb.net telah sejak awal mula menyiarkan laporan eksklusif mengenai IMAMS, setelah mendapat maklumat pelbagai pihak.

Bagi yang ketinggalan membaca laporan kami mengenai IMAMS, berikut adalah laporan kami sejak beberapa bulan lalu.

Dan, untuk makluman semua, kami akan terus menyiarkan beberapa lagi berita dan ulasan berkaitan IMAMS dalam portal ini, setelah menerima maklumat banyak pihak.

– Pengarang Ismaweb.net

Berikut adaLah senarai laporan kami yang terdahulu:

1. (EKSKLUSIF) SISTEM IMAMS: GST UNTUK TUNAI PERINTAH ALLAH
BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – “Sudah semakin pelik keadaan di Malaysia ini… sehinggakan umat Islam hendak menunaikan perintah Allah pun akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).”

2. (EKSKLUSIF) SISTEM IMAMS: RM90.10 MESTI DIBAYAR SECARA PREPAID, MEMBEBANKAN JEMAAH
BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Dalam taklimat syarikat yang memperkenalkan Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia, kepada pengendali umrah, mereka menjelaskan bahawa bayaran RM90.10 bagi setiap jemaah mesti dibayar dalam bentuk prepaid setahun.

3. VIDEO | TAKLIMAT IMAMS DAN PENGENDALI UMRAH

4. NETIZEN KECAM SISTEM IMAMS, ANGGAP LINTAH DARAT
BANGI, 30 Muharram 1439H, Jumaat – ‘Senang-senang sahaja nak buat duit’. Demikian respon kebanyakan pengguna laman sosial di Facebook Ismaweb.net, yang tidak berpuas hati terhadap satu sistem baharu yang mengenakan caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap jemaah yang mahu mengerjakan ibadah umrah.

5. KERAJAAN GAGAL JELASKAN FUNGSI SISTEM IMAMS: PAS
BANGI, 1 Safar 1439H, Sabtu – Cadangan mewujudkan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) terus dikritik kerana ia tidak membawa penyelesaian bahkan merumitkan lagi keadaan.

6. KAEDAH IMAMS ELAK PENGENDALI UMRAH TIPU JEMAAH
KUALA LUMPUR, 24 Safar 1439H, Isnin – Kaedah Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) telah dibantah oleh pelbagai pihak ekoran tidak berpuas hati terhadap sistem baharu ini yang mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji telah merumitkan lagi keadaan.

7. ‘INGAT BARANG SAJA GST, IBADAH PUN GST’: ULAS PEMBACA ISMAWEB
BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – ‘Ingatkan barangan saja dikenakan GST, rupanya ibadah juga ada GST.’

8. GST UMRAH BERKUAT KUASA HARI INI
BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), mulai hari ini.

9. KERAJAAN TETAP KENAKAN GST UNTUK UMRAH
BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Walaupun ditentang oleh pengendali umrah dan ziarah, serta orang ramai yang menganggapnya sebagai ‘lintah darat’, kerajaan tidak mempedulikannya, sebaliknya tetap mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada umat Islam negara ini yang hendak menunaikan umrah.

10. GST UMRAH RM7.80 BUKAN RM5.10
BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd yang mengendalikan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) mensyaratkan umat Islam yang hendak mengerjakan umrah membayar dua cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

11. PENDEDAHAN ISMAWEB
BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Di atas adalah surat yang dihantar syarikat pengendali Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) kepada agensi pelancongan di negara ini, berhubung ‘Pemberitahuan Mengenai Kadar Pembayaran Permohonan Visa Bagi Jemaah Umrah di bawah Sistem IMAMS’, bertarikh 15 Disember 2017.

12. MURAH! Kata Timbalan Menteri Pelancongan Mengulas Caj Tambahan Umrah
BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Sambil mengangkat telefon bimbitnya yang menunjukkan laporan ismaweb.net mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikenakan kepada umat Islam yang hendak menunaikan umrah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, mengulas mengenai perkara itu.

13. TIMBALAN MENTERI BARU TAHU ADA INDIVIDU BUKAN ISLAM KENDALI SISTEM UMRAH
BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau baru mengetahui ada individu bukan Islam dalam syarikat pengendali sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

14. TERKINI: IMAMS DIBATALKAN
BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang baru dikuatkuasa semalam.

15. ISMA KECEWA DENGAN MAS ERMIEYATI, MINTA SPRM SIASAT
BANGI, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Pengakuan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsudin bahawa beliau tidak mengetahui syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah, sebenarnya syarikat kendalian bukan Muslim adalah sangat mengecewakan.

16. PELAKSANAAN SISTEM MENYENTUH UMAT ISLAM PERLU DIPERJELASKAN TERLEBIH DAHULU
KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad -Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berkata, pelaksanaan sebarang sistem yang menyentuh umat Islam secara langsung wajar diperjelaskan kepada mereka terlebih dahulu.

17. IMAMS: NAZRI NAFI BATAL SEBAB BUKAN ISLAM KENDALI PROGRAM
BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan pembatalan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) ada kaitan bukan Islam sebagai pengendalinya.

18. KABINET TAK DIBERITAHU IMAMS DIKENDALI SYARIKAT SWASTA: ZAHID
KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet tidak diberitahu bahawa ‘Integrated Manasik Monitoring System’ (IMAMS) akan dikendalikan oleh syarikat luar.

The post LAPORAN ISMAWEB MENGENAI IMAMS DEMI ISLAM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian