Lebih 180 korban ribut Tembin Filipina
MANILA, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya 182 orang terkorban selepas ribut tropika Tembin melanda selatan Filipina, kelmarin.
Angka kematian dijangka meningkat berikutan pasukan penyelamat dalam proses mengeluarkan berpuluh-puluh mayat dari sebatang sungai.
Ribut tropika Tembin membadai Pulau Mindanao yang merupakan pulau kedua terbesar di negara itu, sejak Jumaat lalu hingga mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh.
Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) berkata, lebih 70,000 penduduk Mindanao sudah dipindahkan susulan banjir kilat yang melanda pulau berkenaan.
Filipina turut dilanda ribut tropika Kai-Tak minggu lalu yang mengorbankan 54 mangsa, sementara 24 lagi dilaporkan masih hilang. -Agensi
The post Lebih 180 korban ribut Tembin Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan