Mahasiswa Perlu Kenal Potensi Diri

Oleh : Mohd Muhaimin bin Mahmood

JOHOR BAHRU, 5 Dis – “Mahasiswa perlu kenal potensi diri mereka dan gunakan potensi tersebut di tempat yang betul bagi mengajak lebih ramai mahasiswa kepada Islam,” kata Ahmad Adli bin Adnan, Timbalan Ketua Biro Komunikasi (Bkom) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Johor Bahru dalam program Printis 1.0 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor baru-baru ini. 

“Golongan mahasiswa adalah penentu masa hadapan, dengan memetik kata-kata daripada bekas presiden Indonesia Seokarno ‘berilah aku 10 orang pemuda, nescaya akan ku goncang dunia” tambah beliau dalam slot sebelah petang di pejabat Isma setia tropika Johor Bahru.

Turut sama mengisi slot pada program kali ini ialah Ustaz Muhammad AD bin Satiman, yang merupakan alumni graduan mesir, yang telah memberi penekanan tentang pentingnya tarbiyah dalam gerak kerja seorang aktivis dakwah.

Program Perintis ini menghadirkan peserta dari beberapa institusi pengajian tinggi sekitar Johor Bahru, antaranya, Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT).

Maklum balas daripada salah seorang peserta program, Aiman Syahid yang merupakan pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan berkata “Program Perintis pada hari ini sangat bermanfaat kerana dapat menjadikan Pembina, persatuan yang bermanfaat dalam kalangan mahasiswa”.

Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), komited dalam menggembeleng tenaga golongan belia Islam khususnya golongan institusi pengajian tinggi secara positif, melalui usaha berterusan dalam membangun sahsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian