Mahasiswa universiti cenderung terima rasuah jika ditawar

BANGI, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kira-kira 18 peratus daripada 1,000 mahasiswa universiti cenderung menerima rasuah sekiranya ditawar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, perkara itu adalah hasil dapatan tinjauan yang dijalankan oleh suruhanjaya berkenaan, dan menyifatkan ia sebagai membimbangkan.

Menurut Dzulkifli, beliau jamin setiap minggu pihaknya tidak akan terlepas mendakwa mana-mana individu yang didapati terlibat dengan amalan rasuah di mahkamah.

“Saya akan pastikan individu terlibat rasuah didakwa di mahkamah. SPRM konsisten dengan perkara ini.

“Saya tidak peduli siapa sahaja yang dituduh, kita mahu memberi amaran kepada mereka yang terlibat rasuah,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Dalam masa sama, Dzulkifli menegaskan bahawa SPRM tidak pernah terikat atau diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

“Terlalu banyak isu-isu negara semuanya dipolitikkan. Tidak pernah sama sekali Perdana Menteri memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan terhadap sesiapa.


 

The post Mahasiswa universiti cenderung terima rasuah jika ditawar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian