Majlis Syura Ulama PAS teliti cadangan letak 10 peratus calon bukan Islam

KOTA BHARU, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Cadangan meletakkan 10 peratus calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14 ) mewakili PAS akan dipertimbangkan.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan PAS Pahang adalah untuk negeri itu sahaja dan jika cadangan itu berbangkit soal dasar, ia akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk pertimbangan.

“Sesiapapun boleh cadang tapi Majlis Syura Ulama akan putuskan layak atau tidak (bukan Islam mewakili PAS). Ini dari segi kelayakan.

“Yang memutuskan calon pula ialah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilaporkan bercadang meletakkan kira-kira 10 peratus calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bertanding dalam PRU-14.

The post Majlis Syura Ulama PAS teliti cadangan letak 10 peratus calon bukan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian