ismakualaterengganu

Malaysia belum guna vaksin denggi

PUTRAJAYA, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Vaksin denggi, Dengvaxia belum dipasarkan atau diguna pakai oleh semua sektor kesihatan sama ada aw...

PUTRAJAYA, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Vaksin denggi, Dengvaxia belum dipasarkan atau diguna pakai oleh semua sektor kesihatan sama ada awam atau swasta di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin denggi pertama itu tidak mendapat kelulusan sebagai antara program imunisasi kebangsaan. 

Katanya, sehingga kini tiada individu menggunakan produk berkenaan malah tiada program khas pun diadakan untuk memperkenalkannya di Malaysia.

“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia hanya memberi kelulusan pendaftaran bersyarat selama dua tahun pada 25 November tahun lalu kepada produk Dengvaxia keluaran syarikat Sanofi Pasteur.

“Kelulusan penggunaan diberi hanya untuk kajian klinikal fasa empat, iaitu kajian pasca pendaftaran bertujuan mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung keselamatan produk terbabit.

“Syarikat perlu memenuhi tujuh syarat ditetapkan sebelum produk boleh dibawa masuk ke negara ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Mengulas lanjut Datuk Noor Hisham berkata, kajian klinikal mendapati, walaupun vaksin berkenaan dapat memberi perlindungan berkesan terhadap jangkitan denggi, namun pesakit yang tidak pernah menghidap denggi berisiko tinggi mendapat jangkitan lebih serius jika diberi vaksin tersebut.

“Oleh itu, PBKD amat mementingkan keselamatan pengguna dan berhati-hati dalam meluluskan sesuatu pendaftaran produk. 

“Malah, Bahagian Regulatori Farmasi Negara akan menilai terlebih dahulu bagi memastikan produk didaftar memenuhi piawaian dan garis panduan yang ditetapkan agar selamat digunakan,” katanya. 

The post Malaysia belum guna vaksin denggi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5332606175467937056

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item