ismakualaterengganu

Malaysia mohon ekstradisi pemuda seludup senjata di Pakistan

BANGI 8 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Malaysia akan membuat permohonan ekstradisi pemuda yang ditahan di Pakistan, kerana menyeludup senjata ...

BANGI 8 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Malaysia akan membuat permohonan ekstradisi pemuda yang ditahan di Pakistan, kerana menyeludup senjata api dan bahan letupan keluar dari negara itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan ekstradisi itu akan dilakukan secepat mungkin mengikut perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Malaysia dan Pakistan.

Katanya, ekstradisi itu kelak membolehkan polis kita menyiasat, mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas pemuda berusia 20 tahun itu. 

“Polis kini sedang bekerjasama dengan Interpol untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penangkapan itu,” katanya seperti lapor media tempatan.

Beliau berkata demikian mengulas penahanan Al Muhd Alfie Kqhyriel, yang ditahan ketika sedang menunggu untuk menaki pesawat Thai Airways penerbangan TG342 ke Bangkok pada Sabtu lalu.

Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan siasatan awal mengesyaki suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

The post Malaysia mohon ekstradisi pemuda seludup senjata di Pakistan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8710594778597353462

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item