MCDonald Malaysia lapor polis, dakwa tuduhan bantu Yahudi tak benar

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Gerbang Alaf Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia ​membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi di sini berhubung individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu mengenai McDonald’s Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, laporan yang dibuat​​​​​​​ semalam itu turut membabitkan pihak yang menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai McDonald’s Malaysia melalui platform media sosial dan saluran lain.

“Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia mengenai isu ini,” katanya pada sidang media mengenai isu boikot​​​​​​​McDonald’s Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, antara tohmahan yang dikaitkan adalah berkaitan sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat (AS) kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program Pemberian Sepadan (Matching Gift).

Azmir yang menafikan perkara itu berkata, di AS, sudah menjadi kelaziman untuk syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan​​​​​​​ yang bertujuan menggalakkan pekerja mereka menderma kepada badan kebajikan.

“Program ini tidak khusus kepada McDonald’s kerana banyak syarikat lain di AS, termasuk sebahagian besar syarikat Fortune 500, mengendalikan program tersebut (dianggarkan lebih 60 peratus​​​​​​​ syarikat Fortune 500),” katanya.

Beliau berkata, JUF merupakan antara banyak badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan tersebut.

Azmir juga menafikan dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurkan sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada McDonald’s AS setiap tahun, sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald’s itu sendiri.

Beliau berkata, setiap keuntungan daripada jualan akan digunakan bagi projek pelan masa depan McDonald’s Malaysia, termasuk menambah cawangan restoran di Malaysia.

“Sebahagian daripada pelan perniagaan 10 tahun kami, kami komited untuk melabur lebih RM1.4 bilion bagi meningkatkan bilangan restoran McDonald’s di Malaysia kepada 450 buah menjelang 2025, mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan.

“Buat masa ini, terdapat 265 restoran McDonald’s di Malaysia yang menguruskan lebih 12,000 pekerja, di mana 80 peratus daripada pekerja kami adalah beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata, McDonald’s Malaysia juga berhak menuntut ganti rugi daripada pihak yang memboikot, sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan akibat tindakan​​​​​​ ​boikot tersebut.

Selain itu, Azmir berkata, pihaknya juga telah mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa seruan ‘wajib boikot’ hanya sah jika diperintahkan oleh umara’ dan pemerintah negara.

“Dalam konteks ini, pemimpin negara dan mana-mana pihak berkuasa Islam dalam Malaysia tidak pernah​​​​​​​ mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald’s Malaysia,” katanya.

Justeru, katanya, sebarang seruan mewajibkan boikot ke atas McDonald’s adalah salah daripada​​​​​​​ perspektif Islam.

Beliau berkata, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyarankan supaya individu atau pertubuhan bukan kerajaan yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu supaya mengeluarkan kenyataan terbuka menarik balik semua tuduhan ke atas McDonald’s Malaysia. – Bernama

The post MCDonald Malaysia lapor polis, dakwa tuduhan bantu Yahudi tak benar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian