ismakualaterengganu

Metodologi 2: Dakwah & Tarbiah Ar-Rasul S.A.W.

Mengambil kira perbezaan individu Rasulullah s.a.w amat teliti dan peka dalam mendidik para Sahabat. Baginda memberi perhatian dan bimb...

Mengambil kira perbezaan individu

Rasulullah s.a.w amat teliti dan peka dalam mendidik para Sahabat. Baginda memberi perhatian dan bimbingan kepada setiap Sahabat dengan mengambil kira keupayaan, potensi, kejiwaan dan keazaman mereka.


Perkara ini dapat dilihat dalam peristiwa semasa persiapan perang untuk ke Tabuk. Saidina Umar Al-Khattob r.a. pernah menceritakan bagaimana beliau berusaha menyaingi Saidina Abu Bakar r.a. dengan menginfaqkan separuh hartanya. Padahal Saidina Abu Bakar r.a. telah menginfaqkan seluruh hartanya, (Riwayat Abu Dawud). dan didalam peristiwa ini, Baginda s.a.w. menerima infaq daripada kedua-dua mereka tersebut.

Sebaliknya, selepas pulang dari Tabuk, Ka’ab bin Malik r.a. (salah seorang Sahabat yang telah gagal untuk turut serta pergi berperang ke Tabuk), beliau ingin menginfaqkan seluruh hartanya sebagai tanda syukur taubatnya diterima Allah. Namun Baginda s.a.w. bersabda (yang bermaksud), “Pegang (Simpan) sebahagian hartamu untuk kegunaanmu lebih baik untuk mu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Dalam insiden yang lain, Abu Dawud meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w. pernah menolak infaq daripada seorang Sahabatnya yang cuba menginfaq seluruh hartanya.

Ketiga-tiga peristiwa ini melibatkan isu yang sama iaitu infaq harta tetapi individu yang berlainan. Tindak balas dan interaksi Rasul s.a.w. berbeza antara mereka. Rasul s.a.w. menerima infaq separuh harta Umar dan seluruh harta Abu Bakar kerana Baginda mengenali kekuatan iman dan keupayaan mereka dan tiada kebimbangan timbulnya masalah. Manakala Ka’ab r.a., Baginda .sa.w. menasihati perkara yang lebih memberi manfaat kepada agama dan kehidupan dunianya. Jika Baginda s.a.w. membenarkannya menginfaq seluruh hartanya, adalah dibimbangi beliau tidak mampu bersabar mengharungi kefakiran dan ketiadaan harta. Sementara lelaki ketiga ditolak infaq seluruh hartanya bahkan ditegur oleh Baginda s.a.w., kerana bimbang dia akan mengemis dan tidak mampu bersabar dengan kemiskinan.

Ibnu al-Qayyim r.h.m. merumuskan ,“Dikatakan inilah yang pandangan yang terpilih insyaAllah ialah Nabi s.a.w. berurusan dengan setiap individu yang ingin menyedekahkan hartanya berdasarkan maklumat yang Baginda tahu berkenaan keadaan individu tersebut.” [Zad al-Ma’ad, Ibnu al-Qayyim, Jilid 3, ms 589]





Maksudnya Baginda memberi saranan bersesuaian dengan kekuatan iman dan keupayaan mereka mengharungi beban hidup. Orang yang dibimbangi lemah menghadapinya, Baginda s.a.w. menyarankan untuk dia menyimpan sebahagian hartanya. Orang yang mantap dan mampu berdikari selepas itu, maka dia digalakkan bersedekah.

Lantaran itu, dapat difahami di sini kenapa tindak balas atau reaksi yang berbeza Rasulullah s.a.w. terhadap soalan yang sama tetapi oleh individu yang berlainan. Ini semua adalah dengan mengambil kira latar belakang dan kekuatan individu tersebut yang diketahui Baginda s.a.w.


Related

TERKINI 2136050899594583085

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item