ismakualaterengganu

MH370: Pakar gesa kaji semula gambar serpihan di Lautan Hindi

SYDNEY, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pakar penerbangan menggesa siasatan baharu dilakukan terhadap imej yang menunjukkan serpihan terapung...

SYDNEY, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pakar penerbangan menggesa siasatan baharu dilakukan terhadap imej yang menunjukkan serpihan terapung di Lautan Hindi, sebaik sahaja pesawat MH370 hilang pada Mac 2014.

Pesawat MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal, sehingga kini kehilangan pesawat itu hampir gagal difahami.

Bagaimanapun Ketua Kumpulan Bebas MH370, Victor Iannello berkata, gambar serpihan, termasuk sebuah beg dan pakej kargo, mungkin kepunyaaan pesawat milik Malaysian Airlines itu.

Katanya, gambar yang diambil Tentera Udara DiRaja New Zealand terlepas pandang, tetapi ia perlu diberi perhatian berikutan syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity akan memulakan pencarian pesawat terbabit pada tahun depan.

“Banyak yang percaya, berkemungkinan serpihan itu terlepas semasa pencarian di permukaan laut,” katanya kepada The Australian.

Sebelum ini Ocean Infinity telah mengemukakan cadangan untuk melakukan pencarian di kawasan seluas 25,000 kilometer persegi sebagai sebahagian daripada perjanjian ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ dengan kerajaan Malaysia.

Syarikat itu menunjukkan minat selepas pencarian lebih tiga tahun gagal menemui bangkai pesawat terbabit.

Ocean Infinity dilaporkan akan menggunakan enam kenderaan bawah air (AUG) HUGIN pada kedalaman 6,000 meter dengan kelajuan yang dikatakannya memecah rekod, bagi mengumpul data lantai laut beresolusi tinggi.


HUGIN dipasang sensor komprehensif, termasuk tiga pengimbas berfrekuensi tinggi, sistem pemancar pelbagai gema, dan kamera warna. AUG itu turut dipasang dengan ‘magnetometer’ di dalamnya.

Semua AUG itu dilengkapi dengan bateri polimer lithium dan mampu mencecah misi melebihi 60 jam tanpa henti. -Agensi

The post MH370: Pakar gesa kaji semula gambar serpihan di Lautan Hindi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7204456045442428561

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item