ismakualaterengganu

Negara Islam isytihar Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin

ISTANBUL, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – gabungan terbesar negara-negara Islam – mengetepikan apa saja perb...

ISTANBUL, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – gabungan terbesar negara-negara Islam – mengetepikan apa saja perbezaan, sebaliknya mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Keputusan itu adalah langkah konkrit dan reaksi kepada tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytihar dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat walaupun Arab Saudi dan sekutunya menghantar pegawai berpangkat rendah pada sidang kemuncak luar biasa ketua-ketua kerajaan OIC di Istanbul hari ini.

Deraf akhir pengumuman persidangan itu berkata, OIC mengisytihar Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan meminta semua negara untuk mengiktiraf Negara Palestin dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota yang diduduki.

Deraf itu turut menolak dan mengecam dengan tegas keputusan unilateral Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytihar Al-Quds (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel.

OIC berkata, tindakan itu tidak sah dan batal serta ‘satu serangan ke atas hak-hak sejarah, undang-undang, semula jadi dan hak kebangsaan rakyat Palestin, sengaja melemahkan usaha damai, mendorong kepada ekstremis dan keganasan, serta mengancam kepada keamanan dan keselamatan global.

Deraf yang menggunakan perkataan tegas itu turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tampil dan mengambil tindakan terhadap keputusan Trump. – Agensi

The post Negara Islam isytihar Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3556676746728776154

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item