Negara Islam perlu bersatu putus hubungan diplomatik dengan AS

KUANTAN, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor menyarankan negara-negara Islam, termasuk Malaysia bersatu memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, ia adalah sebagai langkah drastik membantah keputusan Presiden AS, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Katanya, langkah itu adalah wajar sebagai tanda bantahan bersepadu terhadap pengisytiharan tersebut.

“Disebabkan Trump telah dengan terang-terangan melakukan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa, ia alasan yang kukuh bagi negara-negara umat Islam di dunia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika.

“Jika negara umat Islam tidak mengiktiraf Israel dalam urusan diplomatik antarabangsa, mereka juga harus mempunyai pendirian yang sama terhadap mana-mana pihak yang cuba bersekongkol dengan Israel,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Beliau turut memberi contoh tindakan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan pengumuman keputusan itu.

Katanya, ia wajar dicontohi oleh semua negara Islam di dunia.

“Langkah tersebut tidak akan menjejaskan ekonomi negara Islam kerana masih banyak lagi negara dunia yang tidak mengiktiraf Israel untuk dijadikan rakan diplomatik.

“Secara individu juga umat Islam di seluruh dunia perlu turut sama menzahirkan bantahan terhadap pengisytiharan Trump tersebut melalui kuasa ekonomi dengan tidak membeli sebarang produk Amerika,” katanya.

The post Negara Islam perlu bersatu putus hubungan diplomatik dengan AS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian