ismakualaterengganu

Negara rugi RM161.51 bilion kerana jual rizab dolar AS: Dr Mahathir

BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyanggah kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani...

BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyanggah kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengatakan negara rugi AS$39.6 bilion (RM161.51 bilion) antara 2013 hingga 2014 disebabkan aliran keluar dana asing, bukan kerana kegiatan pertukaran mata wang asing.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, kenyataan itu menunjukkan kerajaan cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat apabila mengatakan kerugian berkenaan adalah biasa kerana aliran keluar dana asing dari Malaysia.

Sebaliknya, kata beliau kerugian sebanyak itu disebabkan kerajaan menjual dolar AS bagi memulihkan nilai ringgit.

“Ya, pelabur asing mencairkan pegangan mereka di Malaysia untuk mengambil wang mereka apabila ringgit menyusut atau kebimbangan saham merudum.

“Bank Negara sebagai pengurus rizab mata wang asing kita telah sedia memiliki mata wang asing (bon Amerika Syarikat).

“Tugasnya adalah untuk mengekalkan nilai ringgit sekiranya pasaran hilang keyakinan, antara lain, terhadap pengurusan kewangan kerajaan,” katanya menulis dalam blog beliau hari ini.

Dr Mahathir berkata, untuk mengekalkan nilai ringgit, Bank Negara mesti membeli ringgit bagi menunjukkan ada permintaan untuk mata wang Malaysia.

“Tetapi dengan apa Bank Negara hendak membeli ringgit. Sumber yang jelas ialah rizab mata wang asing yang dimilikinya,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara telah dengan segera melakukan memperdagangkan dolar Amerika yang ada dalam simpanannya untuk membeli ringgit yang susut nilainya.

Namun, katanya, nilai ringgit mungkin boleh pulih seketika, tetapi kehilangan keyakinan di pasaran akan terus memaksa nilai ringgit kembali turun.

Dr Mahathir berkata, Bank Negara akan terpaksa menggunakan lebih banyak lagi dolar AS yang disimpannya untuk menyokong ringgit, dan setakat yang diketahui, ringgit tidak pulih dalam tempoh berkenaan.

“Aliran keluar AS$39.6 bilion hanya boleh berlaku disebabkan Bank Negara menjual dolar AS daripada rizab negara, menyebabkan rizab kehilangan wang dalam tempoh antara 2013 hingga 2015. Ini diakui sendiri oleh Bank Negara. Inilah yang berlaku apabila ringgit dibenarkan untuk terapung,” katanya.

Dr Mahathir mencabar Johari supaya menjelaskan bagaimana lagi rizab negara boleh mengecut dan mengapa Bank Negara terpaksa mengikuti trend dan menyertai aliran keluar dolar Amerika.

“Apabila sektor swasta menjual ringgit yang susut nilai untuk dolar AS, mengapa Bank Negara memperdagangkan dolar AS untuk ringgit yang susut nilai,” katanya.

The post Negara rugi RM161.51 bilion kerana jual rizab dolar AS: Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6246536188944922718

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item