Netizen bidas David Orok ‘buat pandai’ isu Islam, Palestin

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Kenyataan berbaur provokasi yang dikeluarkan oleh Padri Kristian, David Orok berhubung isu pencabulan rejim zionis Israel terhadap Palestin mencetuskan kemarahan hati dalam kalangan netizen.

David Orok mendakwa bahawa umat Islam yang membantah tindakan Israel adalah murtad dan iblis, kerana kononnya telah menolak kehendak al-Quran.

Beliau malah mendakwa al-Quran telah menyatakan bahawa Allah menyerahkan pemilikan tanah suci tersebut kepada orang Israel dan bukannya kepada rakyat Palestin.

Terkejut dengan dakwaan berkenaan, rata-rata netizen menerusi laman Facebook rasmi Ismaweb.net, menganggap apa yang diutarakan oleh pemimpin parti STAR Sabah sebagai jahil.

Pengguna Facebook, Anis Simon berkata, “Inilah jadinya bila tak tahu dan tak faham tapi tak mahu bertanya. Memandai buat tafsiran tapi tak tahu hujung pangkal,” katanya.

Manakala, Sugara Abdul Latif berkata, David tidak belajar dari kesilapan Basuki Tjahaja Purnama, atau popular disapa Ahok tidak berapa lama dahulu yang berdepan kes mahkamah kerana menghina Islam di Jakarta, Indonesia.

“Dia ni tak ambil iktibar dari insiden Ahok wali kota Jakarta yang mentafsir Surah Al Maidah tu. Akhirnya Ahok dipenjarakan,” katanya,

Faizah Ibrahim pula menulis, “Agama sendiri pun tak faham lagi, esok mati agaknya tanam di bulan, matahari. Sedarlah diri, mati dikuburkan dalam tanah juga. Kalau tak taubat tempatnya neraka kekal selama-lamanya. Itu sahaja.”

Ketidakpuasan hati David terhadap Islam di Malaysia telah berlanjutan sejak sekian lama.

Terdahulu, beliau pernah memuat naik kenyataan yang menyatakan Nabi Ismail
adalah anak luar nikah hasil dari tindakan Nabi Ibrahim meniduri Hajar yang memberi maksud bahawa Nabi Allah itu telah melakukan perbuatan zina.

Orok juga pernah didakwa bawah Akta Hasutan 1948, pada tahun 2014, kerana kenyataan yang dibuatnya dalam laman sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Orok kemudiannya memohon maaf kepada umat Islam, dan menyalahkan orang lain kerana mengeluarkan posting yang menyakitkan hati itu.

The post Netizen bidas David Orok ‘buat pandai’ isu Islam, Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian