ismakualaterengganu

NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah

  KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buan...

 

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah di negara ini, seperti dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.

Beliau berkata, kes murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan dan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“KPWKM mempunyai kuasa dan akta untuk menguruskan pelajar bermasalah selain mempunyai pusat pemulihan akhlak termasuk Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri untuk menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang dibuang sekolah.

“Bagi murid yang dibuang sekolah, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan siasatan akan dilakukan dalam mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan perkara itu masalah berkaitan pelajar dibuang sekolah perlu diuruskan KPWKM,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rohani sebelum ini mencadangkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah dikaji semula dan digantikan dengan kaedah lain seperti kelas khas peralihan.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu kerana hukuman buang sekolah tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.

Mengulas lanjut, Huat Hock berkata Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kemampuan mengawal dan memulihkan akhlak murid atau pelajar mempunyai masalah disiplin serius termasuk penyalahgunaan dadah dan gangsterisme kerana kebanyakan guru hanya terlatih dalam bidang akademik memfokuskan Pengajaran dan Pembelajaran.

NUTP, katanya. berpendirian tindakan buang sekolah perlu dikekalkan dan masih relevan diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata, NUTP turut ​​​berharap cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani masalah sosial masyarakat diberi perhatian oleh pihak berkaitan, sebagaimana cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Isu agenda sosial ini kian menular dan jika tidak ditangani mulai sekarang, risau aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak akan tercapai. NUTP berharap pihak berkaitan dapat memberi lebih fokus kepada masalah agenda sosial ini demi masa depan negara,” katanya.
– Bernama

 

The post NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5931068518515299494

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item