NUTP mohon sokongan moral orang ramai kepada Cikgu Azizan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon sokongan moral orang ramai terhadap seorang guru yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana tegas dalam isu disiplin pelajar.

Setiausaha Agungnya, Tan Huat Hock dalam satu kenyataan yang tular di media sosial berkata, seorang guru yang bernama Cikgu Mohd Azizan akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Selasa, 19 Disember ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Beliau akan dihadapkan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban 2A.

Guru tersebut dilaporkan mendenda murid di sekolahnya, Sekolah Kebangsan Taman Semarak atas beberapa kesalahan antaranya menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.

Murid itu juga dikatakan pernah membuli, memukul murid lain, ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

Justeru, Tan berkata, NUTP akan menyediakan peguam bagi membela guru ini.

Sementara itu, Presiden NUTP, Kamarozaman Abdul Razak ketika dihubungi Ismaweb.net mengesahkan kenyataan itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama penduduk Taman Semarak akan melaksanakan solat hajat bagi Cikgu Azizan, pada malam ini.

The post NUTP mohon sokongan moral orang ramai kepada Cikgu Azizan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian