Palestin cari orang tengah tangani isu Baitulmaqdis

KAHERAH, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas enggan bertemu dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence yang mengadakan lawatan ke rantau itu bulan ini.

Ia susulan tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, termasuk memindahkan kedutaan di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Tindakan Trump telah menyebabkan tercetusnya bantahan dan protes, sekaligus menyaksikan perubahan dasar AS terhadap Asia Barat.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, mereka akan mencari orang tengah baharu, bukannya AS berhubung isu Baitulmaqdis.

Katanya, berkemungkinan pihaknya akan meminta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai tindakan Trump.

“Kami akan mencari orang tengah baharu daripada kalangan saudara Arab dan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Penduduk Palestin mengisytiharkan ‘Hari Kemarahan’ selepas pengumuman Trump, sehingga memaksa mereka melancarkan roket.

Bagaimanapun kesempatan itu digunakan tentera Zionis melancarkan serangan udara hingga mengorbankan dua rakyat Palestin. – Agensi

The post Palestin cari orang tengah tangani isu Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian