Palestin tidak benarkan delegasi Bahrain masuk Gaza

RAMALLAH, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Palestin tidak membenarkan delegasi Bahrain memasuki Gaza selepas kumpulan itu melawat Israel, ketika ketegangan berterusan susulan keputusan Amerika Syarikat (AS), Rabu lalu.

Kumpulan masyarakat sivil dikenali sebagai ‘Ini Bahrain’ itu mempertahankan lawatan mereka ke Israel semalam, dan mendakwa ia sebagai satu langkah toleransi.

Tindakan kumpulan berkenaan mencetuskan kemarahan meluas rakyat Palestin termasuk gabungan pelbagai puak politik yang mengutuk usaha mereka untuk melawat Semenanjung Gaza.

Angkatan Kebangsaan dan Islam Palestin dalam satu kenyataan semalam berkata, tiada tempat bagi mana-mana pihak yang cuba membaik pulih hubungan Israel di Gaza – atau tempat lain di Palestin.

Katanya, penduduk Gaza juga akan menyekat delegasi berkenaan daripada memasuki wilayah itu.

Malah, Kementerian Pelajaran Palestin juga dilaporkan enggan bertemu dengan delegasi Bahrain, dan tidak akan menerima kedatangan mereka di Tebing Barat serta Gaza.

Semalam, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk lawatan delegasi Bahrain yang kononnya untuk menghantar mesej pendamaian susulan ketegangan berterusan selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini.

“Kami menganggap lawatan (Bahrain) itu sebagai satu jenayah terhadap rakyat Palestin dan tempat-tempat suci, termasuk tidak mengambil kira perasaan umat Islam, Arab serta penyokong perjuangan rakyat Palestin,” kata jurucakap Hamas. – Agensi

The post Palestin tidak benarkan delegasi Bahrain masuk Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian