PAS kecam Trump isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel sudah mencemarkan kesucian bumi Al-Quds, sekaligus mencabar kesabaran umat Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) berkata, keberanian Trump ini disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab.

“Khususnya kejayaan mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.

“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri, sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, PAS mengajak kepada semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu menentang pengisytiharan Trump ini.

“PAS mengharapkan Perdana Menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu PAS juga sudah mengarahkan semua ahli untuk hadir himpunan aman membebaskan Baitulmaqdis di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan di setiap negeri masing-masing pada esok, 8 Disember.

The post PAS kecam Trump isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian