PAS tubuh assabiqun elak veteran dipancing parti lain
BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – PAS menubuhkan sayab baru parti itu – assabiqun – bagi mengelak veterannya menyertai parti lain, dan terus beristiqamah dengan perjuangan PAS, kata Pengerusi Assabiqun Pusat, Subky Abdul Latif.
Beliau berkata, sayap baru itu juga akan mendekatkan golongan veteran untuk turut menyertai gerak kerja parti secara berterusan.
Katanya, peranan badan itu antara lain dapat mengelak ahli veteran daripada dipancing pihak lain.
Memetik laporan Harakah, Subky berkata, jangan kerana tidak ada lagi jawatan menyebabkan kita rasa terpinggir dan hina.
“Mungkinlah ada perasaan rasa terpencil setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti.
“Bagi orang muda yang menerajui parti sekarang jengok jengoklah golongan assabiqun bagi mendekatkan mereka dengan arus perjuangan,” katanya pada pelancaran Assabiqun Negeri Kelantan di Putik, hari ini.
The post PAS tubuh assabiqun elak veteran dipancing parti lain appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan