PAU 2017: Isteri orang, suami orang bersekedudukan kata bekas Puteri UMNO

BANGI, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan maksiat yang dilakukan setiap kali berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Beliau berkata, sepanjang 17 tahun bersama dengan parti yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam itu, telah ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik sepanjang PAU diadakan.

Justeru, Wan Asshima menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan operasi pencegahan maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu kota, sempena PAU 2017 yang bermula esok.

“Saya cabar kepada pihak Pejabat Agama Islam buat operasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam. Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat.

“Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik. Ini kalau saya cerita kata saya fitnah, kalau saya cakap kata saya aib. Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi,” katanya seperti dilapor Harakahdaily, hari ini.

Katanya, gesaan terhadap Jawi itu adalah berikutan tidak mahu lagi bersubahat, selepas 17 tahun melihat kemungkaran tersebut.

“Dan saya tidak akan sesekali bersubahat lagi. Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur,” katanya.

The post PAU 2017: Isteri orang, suami orang bersekedudukan kata bekas Puteri UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian