Pelarian Rohingya lebih rela mati dari pulang ke Myanmar
COX’S BAZAR, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kekejaman tentera Myanmar menyebabkan etnik Rohingya takut untuk pulang ke negara itu.
Mereka lebih sanggup menjadi pelarian di Bangladesh, dari pulang semula ke Myanmar.
Pelarian Rohingya yang tinggal di kem Cox’s Bazar, Muhammad Syed berkata, dia dan rakan yang lain menjadi trauma melihat sikap ganas dan kejam tentera Myanmar.
“Kami tidak mahu pulang. Apabila kami pulang, mereka akan menyeksa dan membunuh kami semula,” katanya.
November lalu, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian untuk menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua bulan.
Bagaimanapun ramai etnik Rohingya masih ragu-ragu ekoran trauma akibat kekejaman ganas ketika dihalau.
Seorang pelarian lain pula berkata, perjanjian itu seperti satu perangkap.
“Mereka sudah banyak kali memberi jaminan sebelum ini dan masih menjadikan kehidupan kami seperti neraka.
“Saya lebih rela mati daripada pulang semula. Di sini kami diberi makan dan perlindungan serta boleh beribadat secara bebas,” katanya. – Agensi
The post Pelarian Rohingya lebih rela mati dari pulang ke Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan