Pembina Sabah mohon sumbangan bantu mangsa banjir Kota Belud

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) cawangan Sabah memerlukan sumbangan orang ramai bagi mengumpul dana membantu mangsa banjir di Kota Belud, Sabah.

Ahli Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa Pembina Cawangan Sabah, Faridah Abdul Manaf berkata, pihaknya akan membekalkan bekalan makanan asas dan air bersih kepada beberapa keluarga yang terjejas teruk ekoran bencana itu.

Beliau berkata, seramai 10 sukarelawan di kalangan ahli Pembina sendiri akan terlibat untuk membantu mangsa yang terjejas.

Antara penduduk yang terlibat adalah penduduk Kampung Jawi-jawi, Kampung Taun Gusi, Kampung Siasai dan beberapa kampung lagi.

“Ribut dan hujan lebat yang melanda Sabah baru-baru ini mengakibatkan beberapa kerosakan rumah dan harta benda penduduk di sekitar kawasan Kota Belud.

“Dengan izin Allah, misi bantuan ini akan dibuat pada Ahad ini dan pengumpulan sumbangan masih dalam proses.

“Bersama-sama kita membantu meringankan kesulitan dan bebanan yang mereka tanggung akibat bencana tersebut. Sumbangan anda amat bermakna buat mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan dana ke akaun Bendahari PEMBINA Sabah Maybank, 110144319206 (Nurul Syafiqah Lokman).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jawatankuasa Aktivisme Pembina Sabah, Encik Fauzi di talian 014-8640821 dan Cik Faridah di talian 014-9507325.

The post Pembina Sabah mohon sumbangan bantu mangsa banjir Kota Belud appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian