Pembina sokong henti budaya asingkan pelajar

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019.

Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian.

Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang baik yang patut dilakukan.

“Namun, harus diperhatikan untuk jangka masa panjang, terutamanya penerimaan ibu bapa dalam menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan selepas inisiatif tidak mengasingkan kelas ini dijalankan.

“Risau jika ibu bapa yang masih cenderung untuk pencapaian kecemerlangan akademik semata-mata bertindak mengeluarkan anak-anak daripada sekolah kebangsaan yang merupakan tempat penting bagi menyemai perpaduan rakyat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin yang mengatakan budaya pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid perlu dihentikan sepenuhnya bagi mengelakkan jurang kepandaian antara pelajar.

Dr Amin berkata amalan itu bukan dasar pendidikan namun dilaksanakan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI).

“Kita tidak mengalakkan sekolah untuk melakukan pengasingan kelas mengikut tahap kepandaian seseorang, tetapi amalan itu dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjaga KPI sekolah mereka,” katanya.

Sementara itu, Eqwan berkata, terdapat banyak maklum balas daripada masyarakat di media sosial yang mengatakan pengasingan kelas bukan sahaja meningkatkan jurang, malah supaya guru boleh memberikan tumpuan yang berbeza mengikut tahap pelajaran murid.

“Berkenaan isu ini, eloklah dapatkan maklum balas daripada pihak guru juga untuk mengelakkan salah faham antara satu sama lain,” katanya.

The post Pembina sokong henti budaya asingkan pelajar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian