Pemimpin anglophile bantutkan perjuangan bahasa Melayu

 

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Perjuangan bahasa Melayu tidak akan berjaya selagi golongan anglophile masih menguasai parti UMNO dan pemerintahan negara ini.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, selagi generasi yang mengagumi penjajah Barat ini meneraju negara, perjuangan yang dicita hanyalah sekadar slogan untuk meraih sokongan politik.

Malah, beliau juga yakin perjuangan itu bukanlah sesuatu yang hakiki.

“Saya setuju perjuangan memartabat bahasa Melayu perlu diteruskan tetapi percaya ia tidak akan berjaya selagi puak anglophile masih berkuasa dan menentukan dasar,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mahukan bahasa Melayu diperjuangkan dan mencakupi segenap fasa perhubungan di sektor awam dan swasta.

Mengulas lanjut saranan itu, Ustaz Abdullah berkata, jika kerajaan dan UMNO benar-benar serius dalam perkara ini, sudah tentu bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama yang penting dalam membina peradaban dan kemajuan negara.

Ustaz Abdullah juga sebelum ini pernah menegaskan bahawa pemerkasaan bahasa Melayu sudah sekian lama tidak diberi perhatian sewajarnya oleh generasi anglophile inj.

“Mengangkat martabat bahasa Melayu adalah teras perjuangan bangsa Melayu semenjak sebelum merdeka. Namun, ia diambil sambil lewa oleh para anglophile yang mendominasi teras kepimpinan negara.

“Jadi lah bahasa Melayu terabai sehingga hari ini. 60 tahun merdeka bahasa Melayu jauh dari matlamat perjuangannya yang asal,” katanya.

The post Pemimpin anglophile bantutkan perjuangan bahasa Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian