Pertahan Baitulmaqdis hingga titisan darah terakhir: Hamas

GAZA, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi menyuarakan ketegasan bahawa tiada siapa berhak mengambil Baitulmaqdis, termasuk Amerika Syarikat dan Israel laknatullah.

Ketua Biro Politiknya, Ismail Haniyah berkata, mereka akan sedaya upaya mempertahan Baitulmaqdis, yang merupakan milik umat Islam selamanya.

Katanya, Baitulmaqdis adalah bandar kesatuan yang tidak akan terpisah oleh Timur dan Barat.

“Tidak ada istilah “Timur’ dan ‘Barat’. Baitulmaqdis adalah bandar Arab dan Islam yang tidak berbelah bahagi. Ini adalah ibu kota Palestin dan umat Islam yang kekal,” katanya.

Bercakap di Hari Kebangsaan Qatar di bandar Hamad, di Selatan Jalur Gaza, Haniyah berkata, rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia menentang keputusan AS mengisytihar Baitilmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Selamanya kami tidak akan menerima percubaan untuk memisahkan bandar suci ini.

“Tidak kira apa hasilnya, kami percaya bahawa perjanjian Trump lansung tidak memberi kebaikan kepada masa depan umat Islam di Palestin,” katanya. -Agensi

The post Pertahan Baitulmaqdis hingga titisan darah terakhir: Hamas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian