Peta Malaysia mungkin disemak semula

KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Peta Malaysia mungkin perlu disemak semula berikutan penemuan baharu tentang wilayah perairan negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beberapa perkara mungkin perlu di bawa kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan lampu hijau daripada badan dunia itu untuk dimasukkan ke dalam peta negara ini.

“Kerajaan akan pertahankan apa yang menjadi milik negara di badan dunia itu jika perlu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di Jabatan Ukur dan Pemetaan di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh tentang dokumen dan peta yang dijangka dikemukakan kepada PBB tahun depan berkaitan pelantar benua di perairan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata kali terakhir Malaysia mengemas kini petanya ialah 38 tahun lepas.

Kata beliau, tindakan itu merupakan episod penting dalam sejarah Malaysia apabila negara ini menuntut kawasan seluas 556,285km persegi sebagai wilayah perairannya. -Bernama

The post Peta Malaysia mungkin disemak semula appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian