PKR akhirnya setuju Tun M jadi Perdana Menteri tapi dengan syarat

BANGI, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – PKR bersetuju untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hanya untuk sementara, manakala, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai timbalan perdana menteri.

Pelantikan ini akan dilaksanakan jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Portal Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan, keputusan ini dibuat ketika mesyuarat biro politik PKR yang turut dipersetujui oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember lalu tetapi dengan bersyarat.

“Kami setuju menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.

“Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan selepas pihak pembangkang mengambil alih kuasa.

“Kami juga mahu Dr Mahathir berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih,” kata sumber itu.
Sementara itu, sebahagian besar pemimpin PKR tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana difahamkan diarahkan ‘menutup mulut’ berhubung isu berkenaan.

Menurut sumber lain, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah ditugaskan untuk berjumpa dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Dr Mahathir, berhubung perkara itu.

Katanya, Saifuddin dijadualkan melawat pemimpin veteran DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang semalam.

“Beliau diamanahkan untuk berjumpa dengan tokoh tertentu agar mereka bersetuju dengan syarat yang dikemukakan,” katanya.

Menurut laporan, keputusan ini akan diumumkan oleh jika semua pemimpin bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Cadangan gabungan antara bekas perdana menteri dan wakil rakyat DUN Kajang itu pertama kali dinyatakan ketika pemukiman Pakatan Harapan pada awal bulan ini.

The post PKR akhirnya setuju Tun M jadi Perdana Menteri tapi dengan syarat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian