ismakualaterengganu

Polis rampas dadah bernilai lebih RM77,000 di Marang

MARANG, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM77,158.50 dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun d...

MARANG, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM77,158.50 dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bukit Payung, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Suhaimi Mohd Ali berkata, suspek sebelum ini mempunyai lima rekod jenayah kesalahan lalu membabitkan kes dadah, dan baharu sahaja keluar penjara pada 26 Jun lalu selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, suspek kembali bergerak aktif sejak awal bulan Julai lepas selepas keluar dari penjara.

Suhaimi berkata, dalam tangkapan dan serbuan pada pukul 7.30 pagi semalam, polis menjumpai dadah bernilai RM17,149.50 yang terdiri
daripada dua paket plastik berwarna biru berisi pil-pil yang disyaki pil kuda berjumlah 390 biji bernilai RM 3,900, 10 keping foil dadah jenis Eramine 5 berjumlah 100 biji bernilai RM 1,500 dan empat paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai RM11,749.50

Selain itu, pihak polis turut menjumpai dadah bernilai RM 60,009 yang disembunyikan di beberapa komponen dalam kereta jenis Perodua Myvi milik suspek di rumah berkenaan.

Malah, polis juga turut menemui terdapat dua bungkusan kertas pembalut yang dibungkus dengan plastik yang setiap satu bungkusan mengandungi 10 paket plastik biru berisi pil kuda bernilai RM40,000.

Terdapat lima bungkusan surat khabar yang setiap satu bungkusan mengandungi 10 botol plastik bertudung kuning mengandungi serbuk
putih disyaki dadah jenis heroin bernilai RM5,009 dan 100 keping foil dadah jenis Eramine 5 yang dibungkus dalam satu paket plastik
lutsinar yang berjumlah 1,000 biji bernilai RM 15,000.

Wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah kereta jenis Myvi berwarna kelabu turut disita oleh pihak polis.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek telah ditahan reman tujuh hari sehingga 16 Dis bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Suhaimi turut menyatakan bahawa sepanjang Januari sehingga November tahun ini bahagian Narkotik IPD Marang telah berjaya membuat 265 tangkapan untuk kes membekal dan memiliki dadah. -Bernama

The post Polis rampas dadah bernilai lebih RM77,000 di Marang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8324449391502296132

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item