ismakualaterengganu

Polis temui kereta dipercayai terlibat kes bunuh di stesen minyak

JOHOR BAHRU, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Polis menemui kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki di sebu...

JOHOR BAHRU, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Polis menemui kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini pada 17 Disember lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kereta berwarna putih tanpa nombor pendaftaran kenderaan itu dijumpai orang awam pada 3 petang semalam di sebuah kebun kelapa sawit di Ayer Balai, dekat Pontian.

“Kereta itu merupakan satu daripada senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu selain pisau. Pasukan forensik yang melakukan pemeriksaan menemui beberapa perkara yang mengaitkan kereta itu dengan kejadian bunuh tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata bagaimanapun, polis tidak menemui pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata setakat ini, polis menahan 15 individu yang kesemuanya rakyat tempatan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Usaha sedang digiatkan untuk memburu tiga suspek utama yang dipercayai masih berada di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu akan dibebaskan selepas siasatan ke atas mereka selesai manakala 11 lagi iaitu lapan lelaki dan tiga wanita direman sehingga 30 Disember ini.

“Daripada suspek, kita sedang bina jalan cerita yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu. Dalam sesuatu kes pembunuhan, ada yang mainkan peranan dan perancang.

“Kita memerlukan siasatan yang lebih serius kerana ia tidak semudah seperti yang dilihat, kita juga kena cari bagaimana tayar kereta mangsa pancit kerana ia bukan pancit kerana paku,” katanya.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa yang berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap. -Bernama

The post Polis temui kereta dipercayai terlibat kes bunuh di stesen minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 829663532618408648

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item