ismakualaterengganu

Produk susu rumusan bayi perlu patuhi Akta Makanan 1983: KKM

Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan sebarang produk susu rumusan ...

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan sebarang produk susu rumusan bayi untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 389 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya itu mengambil maklum berkenaan beberapa laporan berkaitan susu rumusan bayi dipercayai tiruan berada di pasaran kebelakangan ini.

Ia susulan beberapa laporan yang disiarkan media pada 10 Disember lalu berhubung rampasan produk berkenaan bernilai RM42,000 di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.

“KKM mengambil maklum bahawa produk terlibat yang dirampas oleh KPDNKK adalah berkaitan dengan cap dagangan tiruan produk susu rumusan bayi, di mana ianya adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK melalui Akta Perihal Dagangan 2011.

“Manakala KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab bagi memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Serentak itu katanya, KKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bekerjasama rapat dalam menjalankan verifikasi bagi mengesahkan keselamatan produk susu rumusan bayi yang disyaki menggunakan cap dagangan tiruan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://ift.tt/1vVF64U,” katanya.

The post Produk susu rumusan bayi perlu patuhi Akta Makanan 1983: KKM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1467563081096826056

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item