ismakualaterengganu

PRU14: Dr Mahathir sah akan tanding. Tiga Parlimen jadi pilihan

SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau aka...

SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menjawab soalan pada sidang media selepas Perhimpunan Agung PPBM di sini hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, beliau akan bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Parlimen.

“Mereka beritahu saya bahawa saya mempunyai peluang yang baik untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Jadi, untuk mereka, bersiap sedialah,” katanya.

Ketiga-tiga kawasan Parlimen itu begitu popular dengan Dr Mahathir, terutama di Kubang Pasu kerana beliau pernah mewakili kawasan itu selama lima penggal ketika menjadi Perdana Menteri.

Manakala, penduduk Langkawi pula tidak pernah lupa jasa beliau yang mengangkat pulau legenda Mahsuri itu menjadi destinasi pelancongan terkenal, selain membawa pembangunan di Putrajaya.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir mengesahkan Bersatu telah memutuskan segala hubungan dengan PAS.

“Namun, kita mengalukan mana-mana ahli yang keluar dari parti PAS untuk menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau menyertai PPBM,” katanya.

Mengenai permohonan maaf beliau ketika merasmikan perhimpunang agung itu pagi tadi, Dr Mahathir berkata, sebagai orang Melayu, telah menjadi adat untuk selalu meminta maaf.

“Saya orang Melayu. Adat orang Melayu, dia selalu minta maaf. Kerana kita tak tahu di mana salah kita. Itu adat dan kita orang Melayu patut rendahkan diri selepas berucap atau melakukan sesuatu kerana kemungkinan apa yang kita lakukan itu salah pada pandangan orang lain,” katanya.

The post PRU14: Dr Mahathir sah akan tanding. Tiga Parlimen jadi pilihan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5702694444898824934

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item