Raja Muda Perlis tegas penceramah perlu ada tauliah

 

KANGAR, 12 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Setiap penceramah atau guru agama yang dijemput mengajar agama Islam di Perlis perlu mendapat tauliah atau kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan, pihak pengurusan masjid di seluruh negeri ini perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin.

Titah baginda, mengajar agama Islam Negeri Perlis adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam seperti yang termaktub dalam Seksyen 118 Bahagian X – Pendidikan Agama Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.

“Jika melanggar ketetapan ini, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 119: Kesalahan Mengajar Agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam Tanpa Tauliah Bahagian X Pendidikan Agama Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.

“Ia boleh disabitkan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” titah baginda seperti dilapor Utusan Online.

Baginda bertitah semasa majlis penyerahan tauliah kebenaran solat Jumaat kepada Masjid Al-Ghufran, Batu 2 Lama, Jalan Kaki Bukit, Kangar yang telah siap pembinaannya baru-baru ini.

The post Raja Muda Perlis tegas penceramah perlu ada tauliah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian