ismakualaterengganu

Rakyat Malaysia di Yaman selamat

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Rakyat Malaysia di Yaman berada dalam keadaan selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman...

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Rakyat Malaysia di Yaman berada dalam keadaan selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menghubungi mereka susulan situasi tidak menentu di negara itu.

Media antarabangsa hari ini melaporkan gabungan diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas sebuah pasar di Yaman yang menyebabkan 25 orang terbunuh.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, ia sedang memantau perkembangan terkini di Yaman, khususnya di Sana’a.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, sekiranya masih belum berbuat demikian.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi kedutaan itu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengsyorkan rakyat negara ini untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Yaman susulan situasi semasa di negara tersebut.- Bernama

The post Rakyat Malaysia di Yaman selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2917416614202586853

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item