Rakyat Palestin tunjuk perasaan selepas solat Jumaat

BAITULMAQDIS, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Rakyat Palestin hari ini meneruskan lagi protes sebagai membantah dan mengecam keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bantahan diadakan selepas solat Jumaat, di mana rakyat Palestin berhimpun di sekitar jalan di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat, rejim Israel bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan menyebabkan pertempuran berlaku.

Awal hari ini, rejim Tel Aviv menyerang bandar Halhul di Tebing Barat sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk Palestin.

Beberapa rakyat Palestin dilaporkan cedera ketika pasukan rejim melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan pertempuran.

Ketegangan di wilayah Palestin tercetus sejak 6 Disember lalu susulan pengumuman Presiden Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan keputusan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke tapak suci itu.

Keadaan itu menyebabkan dua rakyat Palestin terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dan ditangkap oleh rejim Tel Aviv.- Agensi

The post Rakyat Palestin tunjuk perasaan selepas solat Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian