Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia

BANGI, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang, pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Sik Kedah, dan pernah menjadi Ahli Parlimen dari tahun 1999 ke 2004.

Allahyarham mula menghasilkan novel pertamanya, Rentong pada tahun1956. Beliau menerima anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1982.

The post Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian