ismakualaterengganu

‘Saya tak dendam, saya doakan dia berjaya’

BANGI 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – “Saya tidak akan berdendam dengan sesiapa dan menganggap anak murid adalah anak saya. Saya maafkan anak...

BANGI 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – “Saya tidak akan berdendam dengan sesiapa dan menganggap anak murid adalah anak saya. Saya maafkan anak murid dan keluarganya.”

Demikian luahan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Mohd Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan yang dibebaskan daripada sebarang tuduhan mencederakan pelajarnya.

Hari ini Mahkamah Majistret Seremban membebaskan tanpa melepaskan Cikgu Azizan mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

Ia susulan kes Cikgu Azizan dituduh mencederakan seorang murid Tahun Lima di sekolah tempat beliau bertugas.

Cikgu Azizan dikatakan terpaksa bertegas terhadap pelajar berkenaan yang didakwa terbabit perbuatan menghidu gam, bergaduh dan membuli rakan-rakan lain.

Bercakap selepas keluar dari mahkamah, Cikgu Azizan berterima kasih kepada semua pihak terutama yang hadir memberi sokongan terhadapnya.

“Saya berterima kasih kepada semua dan hargai dari lubuk hati saya di atas doa dan sokongan semua guru, semua orang. Minta maaf jika saya tidak menyebut nama-nama yang lain.

“Saya doakan anak murid saya menjadi manusia yang berguna,” katanya sebak.

The post ‘Saya tak dendam, saya doakan dia berjaya’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5906218370859470325

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item