Selangor catat kes denggi tertinggi
BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu sebanyak 44,451, sejak Januari sehingga semalam, berbanding negeri lain di seluruh negara.
Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menunjukkan negeri kedua tertinggi adalah Johor dengan 7,792 kes.
Kuala Lumpur mencatatkan 6,671 kes, Perak 5,331 kes dan Negeri Sembilan 3,022 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan melindungi diri daripada gigitan nyamuk terutama ketika berada di kawasan wabak.
Katanya, mereka digalak menggunakan bahan penghalau nyamuk (repellen) atau mengenakan pakaian menutup anggota badan.
Maklumat senarai lokasi wabak dan kawasan panas Denggi boleh diperoleh menerusi aplikasi iDengue dalam telefon bimbit dengan memuat turun di Apps Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store bagi pengguna Android.
The post Selangor catat kes denggi tertinggi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan